Tuesday, November 6, 2018
SHUIB DISENGAT 170,000 EKOR LEBAH SELAMA 30 MINIT
MELAKA : Menahan kesakitan selama 30 minit akibat disengat puluhan ekor lebah amat berbaloi bagi selebriti terkenal, Shuib Sepahtu serta Pablo Amirul untuk mencatatkan nama mereka dalam Malaysia Book of Records semalam.
Dengan 340,000 ekor lebah menghurung tubuh mereka, kedua-duanya berjaya mengharungi ‘Cabaran Orang Lebah’ sekali gus mencatatkan rekod bagi Jumlah Terbesar Bilangan Lebah Pada Badan Manusia (Lelaki).
Cabaran itu dijayakan di Galeri Lebah Melaka, Ayer Keroh di sini yang turut dipantau dua pegawai daripada Malaysia Book of Records, sepasukan pegawai perubatan bersama ambulans serta disaksikan oleh orang ramai.
Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad ketika ditemui bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius walaupun disengat puluhan ekor lebah.
Katanya, setiap daripada mereka perlu mengatasi jumlah 100,000 ekor lebah setiap seorang bagi meletakkan nama dalam rekod berkenaan dan mereka berjaya mencatatkan 170,000 ekor lebah pada tubuh masing-masing.
“Perasaan sukar digambarkan. Pelbagai perasaan timbul dan ia seperti berada di dunia lain. Namun, syukur saya berjaya mengatasinya dengan sokongan pelbagai pihak termasuk isteri, keluarga dan rakan-rakan,” katanya.
Tambah Shuib, beliau memilih untuk melakukan cabaran itu kerana ia berkaitan dengan perniagaan madu lebah yang dijalankan di bawah syarikat Madu Tiga Sdn. Bhd. bersama dua lagi rakan kongsi, Badrul Hisham Sharif dan Nor Ashikin Ismar.
“Saya berhasrat meletakkan perusahaan madu ini ke satu tahap lain dan membantu mengkomersialkan madu yang mempunyai banyak manfaat kepada manusia,” ujarnya yang juga Pengarah Urusan Madu Tiga Sdn. Bhd.
Sementara itu, Pablo Amirul yang hampir pitam selepas melakukan aksi berbahaya itu berbangga kerana berjaya mengatasi cabaran dihurung kira-kira 170,000 ekor lebah pada badannya dan diiktiraf sebagai ‘Orang Lebah’.
Monday, November 5, 2018
NASIR TUBUH NGO BANTU KASTAM TANGANI AKTIVITI PENYELUDUPAN
KOTA BHARU, 5 Nov (Bernama) -- Bekas Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan Datuk Mohd Nasir Yusoff akan menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu jabatan itu menangani aktiviti penyeludupan di negeri ini.
Mohd Nasir berkata NGO berkenaan akan dikenali sebagai Majlis Pencegahan Penyeludupan Sempadan merupakan agenda utama beliau selepas memulakan persaraannya bermula hari ini.
“Badan ini akan bekerjasama dengan agensi lain di sempadan bagi memastikan aktiviti penyeludupan dapat dibanteras.
“Ia juga akan memainkan peranan memberi penerangan kepada masyarakat di negeri ini tentang bahayanya aktiviti penyeludupan dan kesannya kepada ekonomi negara,” katanya kepada pemberita pada Majlis Paluan Berundur Pengarah JKDM Kelantan di pejabatnya di Padang Bongor di sini, hari ini.
Mohd Nasir bersara wajib hari ini selepas berkhidmat selama 35 tahun dalam JKDM termasuk empat tahun sebagai Pengarah JKDM Kelantan.
Timbalan Pengarah JKDM Kelantan (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Muhamad Zubli Din kini memangku tugas sebagai Pengarah JKDM Kelantan.
Sementara itu, katanya JKDM Kelantan menunjukkan prestasi yang baik sepanjang beliau berkhidmat di negeri ini apabila berjaya meningkatkan penguatkuasaan, tangkapan dan kes rampasan selain kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah kutipan cukai berkenaan bagi Kelantan sejak ia diperkenalkan kembali oleh kerajaan bermula 1 Sept lepas.
“Saya berterima kasih kepada semua anggota yang telah bertugas dengan jujur dan penuh integriti di lapangan sepanjang saya memegang jawatan pengarah,” katanya.
-- BERNAMA
Sunday, November 4, 2018
PEMIMPIN PH JANGAN GUNAKAN JAWATAN UNTUK KAYAKAN KELUARGA
KUALA KANGSAR, 4 Nov (Bernama) – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengingatkan kerajaan pada hari ini agar belajar daripada kesilapan pentadbiran terdahulu kerana rakyat sedia menolak pemimpin yang menyalah guna kuasa.
Sultan Nazrin bertitah rakyat bersedia mendedahkan dan menolak pemimpin yang menggunakan jawatan untuk kepentingan diri, mengumpul kekayaan untuk anggota keluarga, atau menjadi instrumen kepada ahli perniagaan.
“Belajarlah daripada kesilapan mereka yang terdahulu. Amat hampalah rakyat, jika pilihan yang baharu, turut mengulangi kesilapan yang sama, apatah lagi jika melakukannya secara lebih buruk,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian pada Istiadat Menghadap Sembah Taat dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan bersempena ulang tahun ke-62 keputeraan Sultan Perak di Istana Iskandariah di sini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Raja Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.
Sultan Nazrin bertitah budaya politik pasca 61 tahun merdeka menuntut kepada menu dan resepi baharu dalam persekitaran politik yang baharu.
Titah baginda, para pemimpin politik perlu membaca mesej rakyat secara tepat demi menjamin rakyat dapat hidup dalam suasana rukun lagi harmoni, dalam hasrat membina sebuah negara yang stabil lagi aman, dalam usaha membangunkan sebuah negara yang makmur lagi sejahtera.
“Kaedah memperoleh pengaruh melalui persaingan untuk menunjukkan siapa yang lebih Melayu, lebih Cina, lebih India, lebih Kadazan atau lebih Iban selain persaingan mendapatkan pengaruh untuk menunjukkan siapa yang lebih Islam, lebih Kristian, lebih Hindu atau lebih Buddha, ketara semakin tidak relevan.
“Di sebaliknya, rakyat lebih mengutamakan untuk menilai siapa yang lebih bersih, lebih amanah, lebih telus dan lebih cekap mengurus tadbir. Rakyat mahukan pemimpin yang menunjukkan sikap lebih sedia mendengar daripada sikap hanya mahu didengar,” titah baginda.
Baginda bertitah rakyat mengimpikan pengagihan kekayaan yang lebih saksama, peluang pekerjaan yang lebih terjamin, taraf hidup yang lebih baik, tadbir urus yang lebih telus, pemimpin yang lebih amanah.
“Rakyat mengimpikan pemerintahan yang adil lagi saksama, pemerintahan yang berlandaskan undang-undang yang dikuatkuasakan tidak secara selektif, melalui badan kehakiman yang berintegriti, dikendalikan oleh barisan hakim yang tidak memihak – tidak gentar, serta bebas daripada campur tangan politik.
“Rakyat mengimpikan pemerintahan yang menghormati kesaksamaan gender, kesaksamaan kaum, kesaksamaan agama, kesaksamaan wilayah,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah rakyat juga mengimpikan perkhidmatan persosial yang penting seperti kemudahan pendidikan yang dapat membangunkan potensi insan, kemudahan kesihatan yang mudah diakses, pengangkutan awam yang meringankan tanggungan perbelanjaan serta program perumahan mampu milik yang dilengkapi kemudahan rekreasi dan sosial.
“Rakyat mengimpikan sebuah negara yang bebas daripada kekacauan dan persengketaan, agar warganya hidup dalam harmoni, saling menghormati, saling bekerjasama, tanpa dipisahkan oleh tembok prejudis agama dan prasangka kaum,” titah baginda.

Saturday, November 3, 2018
RM100 JUTA MAMPU RANCAKKAN IKS
TANAH MERAH, 3 Nov (Bernama) -- Peruntukan sebanyak RM100 juta kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun Nasional) yang disediakan kerajaan menerusi Belanjawan 2019 diyakini mampu merancakkan pembangunan sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) negara.
Pengerusinya Datuk Seri Mohammad Suparadi Md Noor berkata IKS harus diperluas dan bantuan kerajaan diperlukan bagi membantu penggiat industri meningkatkan kualiti, kemahiran dan teknologi dalam bidang masing-masing.
IKS perlu menjadi sektor sokongan kepada pertumbuhan industri utama negara kerana negara bukan lagi sekadar negara pengguna, katanya kepada pemberita selapas Majlis Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2018 di sini, hari ini.
Majlis pelancaran tersebut dilancarkan oleh Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan Khalid Tik.
Mengulas lanjut, Mohammad Suparadi berkata pihaknya akan memastikan peruntukan tersebut disalurkan kepada mereka yang memerlukan bantuan khususnya dari segi program latihan, pembiayaan dan juga teknologi.
528 ORANG BACA BERITA APABILA PEMANDU BAS JADI EXCO
Berita "Apabila pemandu bas jadi Exco" mendapat rating tertinggi bagi bulan Oktober 2018 bagi blog ini dengan 528 hits.
10 rating tertinggi bagi bulan Oktober lalu ialah:-
1. Apabila pemandu bas jadi Exco (9 oktober)
2. Rumah untuk remaja hamil tanpa nikah dilancar di Terengganu (29 oktober)
3. 40 ahli parlimen Umno akan sertai Bersatu bukan cakap cakap kosong (28 oktober)
4. Kes sudah selesai tapi media yang hebohkan (31 oktober)
5. Whatsapp Rifdzul seakan sudah tahu beliau akan pergi (29 oktober)
6. PM sudah suruh Anthony Loke ambil tindakan tapi tak ada kemajuan (21 oktober)
7. Rakyat semua kaum tanpa kuota Bumiputra layak mohon rumah PPR (12 oktober)
8. Lokman Noor Adam sudah tiada modal (1 oktober)
9. Zahid perlu bercuti panjang pegang jawatan Presiden Umno (18 oktober)
10. Pemergian Saleem anak Terengganu yang sukar dicari ganti (14 oktober)

Friday, November 2, 2018
MASIH ADA HARAPAN PROJEK ECRL
KUALA TERENGGANU, 2 Nov (Bernama) – Keputusan kerajaan menggantung projek Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) dan bukannya membatalkannya, memberi gambaran masih ada harapan projek itu dilaksanakan.
Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu, Dr Mamad Puteh berkata beliau amat berharap penggantungan itu tidak akan mengambil tempoh yang terlalu lama.
"Ini kerana proses pembinaan telah pun dimulakan, ada bukit yang sudah ditebuk dan ada binaan yang separa siap. Jika dibiarkan dalam tempoh lama, kita khuatir ia akan menjadi lokasi tumpuan kegiatan tidak berfaedah seperti tempat maksiat.
"Lebih membimbangkan jika berlaku kecurian di tempat binaan tersebut kerana ia terbiar tanpa sebarang pengawasan serta berisiko berlaku kerosakan serta runtuhan yang akhirnya menyebabkan pembaziran," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Tambah beliau, kerajaan Terengganu sangat mengharapkan agar projek ECRL itu dapat diteruskan secepat mungkin kerana ia memberi banyak manfaat terhadap pembangunan Pantai Timur.
Menerusi pembentangan Belanjawan 2019, kerajaan mencadangkan kerja pembinaan ECRL berjumlah RM81 billion digantung dan kini kosnya sedang dirunding semula.
Sementara itu, seorang pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Mohd Zulkohir Mohd Zaiki, 22, berkata beliau berharap projek itu tidak ditangguhkan terlalu lama kerana ECRL mampu memberi impak positif kepada golongan peniaga sepertinya.
"Dengan adanya ECRL, ia dapat memudahkan penghantaran produk saya terus kepada pelanggan di sebelah kawasan pantai Barat dengan cepat dan selamat.
"Sebelum ini saya mengedar produk dengan menggunakan perkhidmatan Poslaju atau syarikat kurier, namun ia mengambil masa yang lama serta menyebabkan risiko kerosakan pada produk hingga kadang-kala saya kehilangan pelanggan," katanya.
Seorang pekerja swasta, Haziman Rosli, 48, pula berkata rakyat Terengganu tidak perlu melatah dengan penangguhan itu kerana berpendapat kerajaan pusat telah memikirkannya dengan terperinci.
"Mungkin dalam tempoh penangguhan itu, kerajaan akan menaik taraf kemudahan jalan raya di negeri ini, lagipun ia bukanlah satu keperluan yang mendesak untuk ECRL dilaksanakan ketika ini," katanya.
-- BERNAMA
Thursday, November 1, 2018
TERENGGANU MULAKAN OPERASI SEKOLAH RENDAH ISLAM TAHUN HADAPAN
KUALA TERENGGANU, 1 Nov (Bernama) -- Enam Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) seliaan kerajaan Terengganu akan diwujudkan bagi memantapkan lagi pendidikan sekolah rendah anak-anak negeri ini mulai Januari tahun hadapan.
Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata buat permulaan, SRIDI akan beroperasi di bangunan sedia ada milik kerajaan negeri di enam lokasi iaitu di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun; Ajil (Hulu Terengganu), Binjai Rendah (Marang), Manir (Kuala Nerus), Kampung Raja (Besut) dan Losong (Kuala Terengganu).
"Permohonan kemasukan mula dibuka hari ini hingga 30 Nov, namun sesi temu duga akan dijalankan untuk memastikan murid yang berkualiti sahaja diterima masuk ke SRIDI.
"SRIDI di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah antara manifesto PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas, selepas ini lebih banyak SRIDI akan dibuka secara berperingkat termasuk Sekolah Menengah Islam di kawasan Parlimen pula," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Al-Quran 2018 Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di sini hari ini
Subscribe to:
Posts (Atom)